Sunday, March 3, 2013

After Six Months

I've been breastfeeding my youngest for more than six months now. Well, 6 months and 3 days actually, haha.

So, I'm still waiting for my best friend to come, also known as, period. After 6 months, it is known that LAM period has ended. What is LAM? LAM is Lactational Amenorrhea Method. Somehow it's a kind of natural prevention from getting pregnant.

Anyway, Nisa (that's my youngest) hasn't start any solid yet. She seems content with breast milk only, so we will wait till she's ready.

Next posting would be about preparing solid, eh?

Till then, take care wherever you are.

Monday, December 17, 2012

Karnival Si Jantung Hati

Karnival ni dibuat tujuan pengumpulan dana untuk anak-anak kecil yang sedang berjuang untuk hidup, yang mungkin sebaya dengan anak korang.


Bila?                  23 Disember 2012 - Ahad
Kat mana?         Dewan Annexe, UiTM Shah Alam
Pukul berapa?    10 pagi sampai 6 petang.

Aku cut & paste saja ya.





Kami dengan sukacitanya menjemput tuan dan puan bagi memeriahkan karnival amal ini, dengan pelbagai pengisian dan aktiviti yang menarik. Antaranya adalah:


  • Booth jualan buku, makanan, pakaian dan pelbagai lagi, dalam dan di luar dewan.
  • Sesi lelongan barang.
  • Jualan benih-benih sayuran dan tanaman organik.
  • Pertunjukan dan perkongsian cara menggendong bayi (babywearing), lampin kain (cloth diapering), dan asuhan alami.
  • Khidmat kaunseling penyusuan secara PERCUMA.
  • Aktiviti kraf felt dan melukis untuk kanak-kanak.
  • 'Bouncy Castle'.
  • Jualan bundle.
  • Tayangan 'Gentle Birth'.
  • Kawasan dewan yang selesa untuk anak-anak dan ibu bapa.
  • Kemudahan bilik penyusuan, tandas, dan parkir yang mudah.

________________

Mari sama-sama sertai kami dalam memeriahkan karnival ini. Isikan form berikut sebagai menyatakan kehadiran tuan dan puan :)

http://bit.ly/RqTy4i 

Hashtag twitter #karnivalsijantunghati #tabungdoaibrahim

Semoga dengan terlaksananya karnival ini, objektif mengumpul dana tercapai, malah dapat turut membantu sahabat-sahabat adik Ibrahim yang lain. Kehadiran adalah percuma! Terima kasih.

Saturday, July 14, 2012

Ibu Beri Susu Badan Sukar Obes

LONDON: Amalan menyusu badan boleh membantu wanita untuk mengekalkan berat badan dan mengurangkan risiko obes apabila meningkat usia.

Saintis mendedahkan, wanita yang menyusu anak walaupun untuk hanya beberapa bulan selepas kelahiran hanya akan menjadi obes 30 tahun selepas itu. Penyelidik Universiti Oxford merumuskan, bagi setiap enam bulan seseorang wanita menyusui anak, mereka akan kehilangan kira-kira 0.9 kilogram.

Walaupun ia tidak banyak tetapi ahli akademik mendakwa ia boleh menghalang beribu-ribu kematian akibat kanser, masalah jantung atau penyakit lain yang dikaitkan dengan obesiti.

Kajian terbaru membabitkan lebih 740,000 wanita memberikan bukti bahawa amalan menyusu badan boleh membantu mengurangkan penambahan berat badan.

Menyusu badan membawa kepada pembakaran sejumlah besar tenaga dan pakar sebelum ini mengira bahawa ia adalah sebanyak 500 kalori sehari bersamaan dengan satu sesi senaman di gym.

Penyelidik berkata, bagi setiap enam bulan wanita menyusu bayi mereka, indeks jisim badan mereka akan berkurangan sebanyak satu peratus.

Secara purata seorang wanita yang mempunyai tinggi 167.64 sentimeter dan berat 70.30 kilogram mempunyai BMI 25 yang diklasifikasikan sebagai berat badan berlebihan. Agensi

Taken from http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ibuberisusubadansukarobes/Article/artikel

Thursday, August 11, 2011

Bantuan Diperlukan

Taken from http://t.co/GtbGicq

Berita : Ahli SusuIbu.com - Kartini Waris Memerlukan Bantuan


Salam Sejahtera,

Salah seorang daripada ahli awal SusuIbu.com, Puan Kartini Waris (tini007, ahli sejak 2005/7/14) sedang menghadapi dugaan saat melahirkan bayi kembarnya baru-baru ini. Dugaan bermula pada 27hb Julai 2011, saat dimaklumkan beliau perlu menjalani pembedahan kecemasan kerana beliau menghadapi komplikasi dan pada ketika itu kandungannya hanya mencecah 28 minggu. Ketika itu beliau menerima rawatan di Hospital Putrajaya. Untuk menyambut kelahiran kedua-dua kembar pra-matang itu, mereka memerlukan dua ventilator untuk memastikan kembar tersebut mendapat sokongan kehidupan sebaik kelahiran. Walau bagaimanapun, disebabkan tiada kemudahan ventilator yang mencukupi di hospital tersebut pada ketika itu, carian fasiliti ventilator diperluaskan kesemua hospital kerajaan berhampiran, namun tidak berhasil. Dalam masa yang amat kritikal ini, Puan Kartini dan suami meneruskan pencarian ventilator di hospital swasta pula dan akhirnya menemui Hospital Prince Court.

Puan Kartini telah dipindahkan ke Hospital Prince Court pada hari yang sama, dan selamat melahirkan kedua-dua puteri kembarnya Aida dan Aishah. Walau bagaimanapun, perbelanjaan di hospital tersebut amat mahal dan berada di situ bukanlah kemahuan mereka tetapi atas dasar menyelamatkan nyawa kedua-dua bayi yang belum mengenal dunia. Menyedari keadaan ini, mereka telah berbincang dengan Pakar Neonatalogy di situ, Dr Anna Padma untuk memindahkan bayi-bayi ini ke hospital kerajaan secepat mungkin. Namun, disebabkan kesihatan bayi masih belum stabil, ianya tidak dapat dijalankan secepat mungkin. Ianya mengambil masa beberapa minggu serta masih perlu mencari hospital yang mempunyai kekosongan ventilator yang mencukupi.

Terkini, dimaklumkan pada 9 Ogos, 2011 kedua-dua bayi kembar Aida dan Aishah berjaya dipindahkan semula ke Hospital Putrajaya dan memulakan rawatan mereka di sana. Namun, sepanjang rawatan rapi di Hospital Prince Court selama 14 hari, perbelanjaan keseluruhannya mencecah hampir RM50,000.00.

Dengan ini, saya memohon jasa baik ahli SusuIbu.com dan pembaca sekalian yang budiman, agar dapat membantu Puan Kartini Waris dan keluarganya menghadapi saat getir ini. Segala bantuan bolehlah disalurkan sendiri kepada Kartini binti Waris ke Akaun Maybank beliau bernombor: 512080050944

Semoga dengan setiap bantuan yang dihulurkan kepada keluarga ini, akan dapat meringankan beban mereka dari sudut kewangan.

Salam Ramadhan Al-Mubarak!

Sunday, May 8, 2011

17 Bulan

Sudah agak lama blog ini tidak diupdate.. Haha.. apa nak buat, tuan punya blog tak ada internet connection.. cuma baru2 ni saja dapat install.. Moga-moga rancak kembalilah :)

Mungkin kerana status saya sebagai SAHM, maka sedar tak sedar sudah 17 bulan NaniNani menyusu. Ye lah, tak payah nak ready EBM, nak risau tentang stok bagai.. apa pun, saya tetap rindu dengan cabaran yang pernah saya alami semasa menyusukan Azri (#3) dulu.

Tapi setiap penyusuan mesti ada cabaran dan dugaan.. kalau saya, selaku SAHM, NaniNani akan demand menyusu tak kira masa, waima tengah sibuk menggoreng ayam di dapur.. hehehe.. cabaran lah sangat, ye?


Semoga sesi penyusuan anda kekal lancar dan manis sehingga 2 tahun (atau lebih?). Take care!