Tuesday, July 29, 2008

*

Sumber : Berita Harian 29 Julai 2008

COPENHAGEN: Ibu yang menyusu kini mampu menghasilkan susu berperisa pisang untuk bayi mereka dengan cuma mengunyah buah itu dalam masa sejam atau kurang sebelum waktu susuan.

Saintis berkata, susu ibu boleh dipelbagaikan perisa kerana dalam ujian, wanita mampu menjadikan susu mereka mempunyai perisa pudina dan jintan selain pisang.

Penyelidik percaya, pelbagai perisa susu ibu dapat mendorong bayi mencuba makanan baru apabila semakin dewasa. Kajian terdahulu menunjukkan apa yang dimakan ibu boleh memberi kesan kepada cita rasa bayi.

Kanak-kanak yang ibunya suka meminum jus lobak merah ketika hamil atau menyusu dilihat suka menikmati bijirin berperisa lobak merah.

Kajian terbaru penyelidik Denmark di Universiti Copenhagen menyiasat bagaimana perisa boleh dipindahkan daripada makanan kepada susu ibu. � Agensi