Monday, December 17, 2012

Karnival Si Jantung Hati

Karnival ni dibuat tujuan pengumpulan dana untuk anak-anak kecil yang sedang berjuang untuk hidup, yang mungkin sebaya dengan anak korang.


Bila?                  23 Disember 2012 - Ahad
Kat mana?         Dewan Annexe, UiTM Shah Alam
Pukul berapa?    10 pagi sampai 6 petang.

Aku cut & paste saja ya.





Kami dengan sukacitanya menjemput tuan dan puan bagi memeriahkan karnival amal ini, dengan pelbagai pengisian dan aktiviti yang menarik. Antaranya adalah:


  • Booth jualan buku, makanan, pakaian dan pelbagai lagi, dalam dan di luar dewan.
  • Sesi lelongan barang.
  • Jualan benih-benih sayuran dan tanaman organik.
  • Pertunjukan dan perkongsian cara menggendong bayi (babywearing), lampin kain (cloth diapering), dan asuhan alami.
  • Khidmat kaunseling penyusuan secara PERCUMA.
  • Aktiviti kraf felt dan melukis untuk kanak-kanak.
  • 'Bouncy Castle'.
  • Jualan bundle.
  • Tayangan 'Gentle Birth'.
  • Kawasan dewan yang selesa untuk anak-anak dan ibu bapa.
  • Kemudahan bilik penyusuan, tandas, dan parkir yang mudah.

________________

Mari sama-sama sertai kami dalam memeriahkan karnival ini. Isikan form berikut sebagai menyatakan kehadiran tuan dan puan :)

http://bit.ly/RqTy4i 

Hashtag twitter #karnivalsijantunghati #tabungdoaibrahim

Semoga dengan terlaksananya karnival ini, objektif mengumpul dana tercapai, malah dapat turut membantu sahabat-sahabat adik Ibrahim yang lain. Kehadiran adalah percuma! Terima kasih.

Saturday, July 14, 2012

Ibu Beri Susu Badan Sukar Obes

LONDON: Amalan menyusu badan boleh membantu wanita untuk mengekalkan berat badan dan mengurangkan risiko obes apabila meningkat usia.

Saintis mendedahkan, wanita yang menyusu anak walaupun untuk hanya beberapa bulan selepas kelahiran hanya akan menjadi obes 30 tahun selepas itu. Penyelidik Universiti Oxford merumuskan, bagi setiap enam bulan seseorang wanita menyusui anak, mereka akan kehilangan kira-kira 0.9 kilogram.

Walaupun ia tidak banyak tetapi ahli akademik mendakwa ia boleh menghalang beribu-ribu kematian akibat kanser, masalah jantung atau penyakit lain yang dikaitkan dengan obesiti.

Kajian terbaru membabitkan lebih 740,000 wanita memberikan bukti bahawa amalan menyusu badan boleh membantu mengurangkan penambahan berat badan.

Menyusu badan membawa kepada pembakaran sejumlah besar tenaga dan pakar sebelum ini mengira bahawa ia adalah sebanyak 500 kalori sehari bersamaan dengan satu sesi senaman di gym.

Penyelidik berkata, bagi setiap enam bulan wanita menyusu bayi mereka, indeks jisim badan mereka akan berkurangan sebanyak satu peratus.

Secara purata seorang wanita yang mempunyai tinggi 167.64 sentimeter dan berat 70.30 kilogram mempunyai BMI 25 yang diklasifikasikan sebagai berat badan berlebihan. Agensi

Taken from http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ibuberisusubadansukarobes/Article/artikel