Friday, December 26, 2008

Let's Make this HISTORY!

Tahap penyusuan badan rendah di kalangan ibu-ibu

KUALA LUMPUR: Budaya penyusuan badan di kalangan ibu-ibu di Malaysia sangat rendah - hanya 14.5 peratus daripada mereka memberikan susu badan kepada anaknya sehingga berumur enam bulan, menurut statistik Kementerian Kesihatan.

Ini disebabkan kejahilan mengenai nilai susu badan, kurang sokongan daripada anggota keluarga dan kakitangan penjagaan kesihatan serta kembali bekerja sebaik saja tamat tempoh cuti bersalin yang diwajibkan.

Sebab utama lain ialah makanan bayi komersial yang ada menggambarkan ia adalah sama jika tidak lebih baik daripada susu badan.

Bagi melindungi, mempromosi dan menyokong amalan penyusuan badan di negara ini, kementerian tersebut merangka satu kod etika produk formula bayi yang berkuatkuasa Ogos lepas.

Kod etika pertama diperkenalkan pada 1979 yang didapati tidak berkesan.

Salinan kod etika terkini diperoleh Bernama di sini hari ini.

Kod itu memberikan garis panduan yang jelas untuk mengawal promosi yang kompetitif dan mengiklankan produk komersial bayi yang mungkin dilihat mengatasi kemampuan susu badan.

Ia juga bertujuan memastikan penggunaan formula bayi sewajarnya, berkaitan produk dan makanan tambahan.

Tujuan utama kod itu ialah terhadap pekilang dan pengedar agar jangan memasarkan, mempromosi atau mengiklankan produk itu dalam cara sebagai mencabar atau mengatasi mutu dan kualiti terbaik susu badan.

Penyelidikan menunjukkan susu badan adalah yang terbaik untuk bayi kerana ia memberikan perlindungan terhadap penyakit dan membantu menjalin hubungan rapat antara ibu dan anak.

Mengenai kod itu yang dikaji semula, jururawat kesihatan kanak-kanak Tan Bee Lan berkata ia satu langkah yang sangat baik kerana syarikat menggunakan ibu yang mengandung, pekerja kesihatan, doktor dan malah kanak-kanak sekolah mempromosikan produk mereka.

“Kini diharap dengan kod yang lebih terkini dan berkesan ini, ibu-ibu janganlah terpengaruh dengan memberikan susu formula kepada bayi mereka,” katanya.

Tan yang bertugas dalam bidang ini selama 30 tahun berkata susu badan secara idealnya hendaklah merupakan satu-satunya sumber makanan untuk bayi sehingga sekurang-kurangnya enam bulan. - Bernama

SUMBER: Berita Harian, 26 Disember 2008
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20081226125854/Article

Thursday, December 18, 2008

Reminder for Moi

My dear Azri aka Zeri will turns 17 months in a week time.. he's taking 8oz+ per day since he's a reverse cycle baby, eh, toddler :P

Meantime, my day production is getting lower. It's either 5oz, 7oz.. and sometimes 8oz.. Thank God for my frozen stocks which I hope I dont take it for granted.. With current frozen stocks, Zeri can tastes EBM at least until he turns 18 months.. after that, ibu have to, HAVE TO struggle to accumulate EBM for his next day @ babysitter's house.

Our hormones play their roles too.. Since I'm expecting my best friend to come (read: period) I should take Calcium Magnesium which I always forget to take :P 

Wednesday, November 26, 2008

Medicine while breastfeeding

We as human being, cant get away from being sick once in a while.. 

Jadinya, kita perlu berhati-hati dengan ubat-ubatan yang kita ambil. Nyatakan kepada doktor anda bahawa anda seorang ibu yang menyusukan anak.

Saya sendiri pernah terkena :P

Walaupun saya telah menyatakan perkara sedemikian, namun doktor terbabit tetap memberikan saya Sedilix DM Linctus utk melegakan batuk.

Apakah kandungan Sedilix DM Linctus?

Each 5ml contains:
Dextromethorphan HBr 15mg
Promethazine HCl 3.125mg
Pseudoephedrine HCl 30mg

Since ada item #3, which is Pseudoephedrine, makanya pengambilan ubat tersebut saya hentikan serta merta. Ia boleh menyebabkan pengurangan production yang agak ketara kepada diri saya ketika itu.

Artikel rujukan ada di sini. Jangan malu-malu nak klik :)

Thursday, November 13, 2008

Khasiat Susu Ibu

Asli atau tiruan?

Lazimnya kebanyakan orang tanpa ragu-ragu akan memilih yang asli. Namun begitu, masih ramai ibu bapa yang merelakan susu formula iaitu barang tiruan menjadi makanan pertama anak mereka. Mengapa susu formula atau susu tiruan ini dikecualikan sedangkan masyarakat sedar walau sebaik manapun sesuatu barang tiruan, ia tidak akan sebaik barangan asli?

Polisi Kebangsaan Penyusuan Susu Ibu menggalakkan semua ibu menyusukan anaknya dengan susu ibu sahaja selama enam bulan atau dikenali sebagai penyusuan eksklusif dan meneruskannya sehingga dua tahun. Makanan tambahan pula hanya dimulakan semasa anak berumur enam bulan.

Kebanyakan ibu hanya mampu menyusukan anak mereka sehingga dua bulan atau sepanjang tempoh berpantang dan apabila mereka kembali bekerja, ramai yang mengambil jalan mudah dengan memberikan susu formula. Ada juga segelintir wanita yang baru bersalin langsung tidak memberikan susu ibu kepada bayi mereka sejak dilahirkan walaupun menyedari susu ibu adalah makanan terbaik bagi bayi.

Menurut perangkaan 88.6 peratus ibu-ibu di Malaysia pernah menyusukan anak. Ini bermakna 11.4 peratus ibu tidak pernah menyusukan anak mereka! aripada 88.6 peratus ibu yang pernah memberikan susu, hanya 29 peratus yang mampu menyusukan bayi mereka secara eksklusif dan hanya 11.7 peratus yang menyambung penyusuan sehingga bayi berusia dua tahun.

KEBAIKAN SUSU IBU

Susu ibu mengandungi zat dan vitamin yang mencukupi dan berubah mengikut umur dan keperluan bayi. Ia mudah dihadam dan digunakan oleh bayi dengan berkesan serta melindungi bayi dari penyakit, mengandungi antibodi, faktor tumbesaran, enzim dan tiada pencemaran. Contohnya bagi bayi yang dilahirkan pra-matang, susu ibu yang dihasilkan sesuai untuk perkembangan bayi tersebut. Ia kurang laktosa, lebih protein, Laktoferrin dan Imunoglobulin untuk mencegah alahan dan jangkitan.

Susu awal ibu atau dikenali sebagai kolostrum yang berwarna kekuningan pula adalah makanan pertama yang sempurna bagi bayi dan mengandungi pelbagai kebaikan. Antaranya ialah mengeluarkan mekonium (najis bayi di awal kelahiran), mencegah penyakit kuning (jaundis), melindungi bayi dari jangkitan dan alahan (susu ibu kaya dengan antibodi dan sel darah putih), mencegah jangkitan dan penyakit mata (kaya dengan vitamin A dan E), mengandungi faktor pertumbuhan bagi kematangan usus sekaligus mencegah alahan dan bertindak sebagai imunisasi pertama untuk menentang bakteria dan virus. Jika bayi diberikan makanan lain sebelum dia diberikan kolostrum, makanan tersebut boleh merosakkan ususnya dan menyebabkan alahan.

Selain itu susu ibu juga melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan, mengurangkan penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis, dan cirit-birit. Ia juga mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak di kemudian hari. Selain itu susu ibu turut mengurangkan risiko sindrom kematian bayi, mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang.

FAEDAH TERSEMBUNYI

Terdapat banyak faedah lain yang diperolehi oleh bayi, ibu, keluarga mahupun masyarakat. Mungkin kebaikan-kebaikan ini nampak remeh tetapi ia sebenarnya memberikan kesan kepada kehidupan kita seharian. Kajian menunjukkan IQ bayi yang menyusu susu ibu adalah 5.2 mata lebih tinggi daripada yang tidak menyusu ibu. Bayi yang menyusu ibu akan jarang dijangkiti penyakit, membolehkan ibu bapa bekerja dengan senang hati tanpa perlu mengambil cuti untuk menjaga anak yang tidak sihat, selain meningkatkan produktiviti. Menyusukan bayi juga turut memberikan faedah kepada ibu tersebut dengan merendahkan risiko terhadap barah payudara dan ovari, mengelakkan pendarahan selepas bersalin, menjarakkan kelahiran kerana penyusuan merupakan cara perancang keluarga semulajadi, mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut.

Penyusuan susu ibu juga akan menjimatkan wang kerana tidak perlu menyediakan barang keperluan untuk penyusuan, tidak perlu membeli susu formula dan mengurangkan perbelanjaan untuk rawatan perubatan kerana bayi yang menyusu ibu jarang sakit. Katakan anda memilih untuk membeli pam pemerah susu yang mahal, kos pembelian itu masih murah dibandingkan dengan kos untuk susu formula yang perlu dibeli setiap bulan. Pam yang menggunakan bateri walaupun berharga lebih kurang RM200, boleh digunakan sehingga dua atau tiga tahun. Jika susu formula, setin berharga lebih kurang RM40. Berapa jumlahnya sebulan? Berapa yang boleh dijimatkan dalam setahun?

Selain itu, penyusuan susu ibu juga membantu mengeratkan kasih sayang antara anak dan ibu, lebih masa terluang bersama keluarga, dan menyumbang kepada objektif negara dalam perancangan keluarga.

KEKURANGAN SUSU FORMULA

Antara kekurangan ketara susu formula ialah khasiatnya tidak akan sama dengan khasiat susu ibu walaupun pelbagai zat tambahan dimasukkan seperti Omega3, Docosahexanoic (DHA), Arachidonic acid (AA), dan vitamin B12. Masih tidak ada kajian yang boleh menentukan kadar sebenar sesuatu zat yang diperlukan oleh bayi. Berbeza dengan susu ibu, kandungan zatnya akan berubah mengikut keperluan. Zat-zat tambahan dalam susu formula juga membawa kesan sampingan lain seperti protein, walaupun ia telah diubah tetapi masih sukar dihadam manakala zat besi pula sukar untuk diserap.

Bayi yang diberikan susu formula juga terdedah kepada pencemaran bakteria apabila air bancuhan, peralatan botol dan puting tidak dibersihkan dengan sempurna. Bakteria membiak dengan cepat terutamanya jika susu dibiarkan dalam cuaca panas. Walaupun belum berbau masam atau basi, ia masih boleh membahayakan bayi.

Bayi juga tidak mendapat perlindungan daripada pelbagai penyakit kerana susu formula tidak mengandungi antibodi menyebabkan bayi yang diberi susu formula lebih kerap mendapat jangkitan penyakit seperti cirit-birit, demam, selesema, batuk dan alahan walaupun susunya dibuat secara bersih.

Terdapat juga risiko kekurangan zat makanan jika susu dibancuh terlalu cair ataupun jika dibancuh terlalu pekat, ia boleh mengakibatkan sembelit atau kerosakan pada organ tertentu. Sebab itu kita melihat ramai bayi yang mengalami kegemukan, mereka mendapat lebih zat daripada sepatutnya. Berbeza dengan susu ibu, susu formula juga tidak mengandungi enzim. Ini melambatkan penghadaman dan menyukarkan tenaga dibekalkan kepada bayi.

BAHAYA AIR

Selain susu formula, kebanyakan ibu bapa juga cenderung untuk memberikan air kepada bayi mereka dengan alasan mengelakkan bayi daripada haus, badan panas, sembelit atau untuk mencuci mulut bayi. Alasan-alasan tersebut adalah tidak berasas kerana susu ibu mengandungi 88 peratus air dan bayi yang hanya diberikan susu ibu dijamin akan mendapat cukup air.

Amalan memberikan air kepada bayi sebenarnya boleh mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko termasuk merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa serta mengakibatkan sawan tarik. Perut bayi yang baru lahir hanya memerlukan empat sudu kecil kolosterum (2ml) dan jumlah ini akan meningkat kepada 40 sudu (200ml) hanya setelah bayi menjangkau umur setahun. Oleh itu tumbesaran bayi yang diberikan air akan terencat kerana perutnya yang kecil itu sepatutnya diisi dengan susu ibu yang kaya dengan pelbagai khasiat untuk membantu tumbesarannya.

Air juga boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat sama ada sumber air atau bekas yang tidak bersih. Ini akan mendedahkan bayi kepada cirit-birit. Air juga akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

Bagi bayi yang mengidap jaundis, air yang terlalu banyak boleh merencatkan akal manakala bagi yang berumur di bawah lima minggu, air yang terlalu banyak akan mencairkan garam di dalam darah yang mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik.

Sumber: Bernama

Tuesday, July 29, 2008

*

Sumber : Berita Harian 29 Julai 2008

COPENHAGEN: Ibu yang menyusu kini mampu menghasilkan susu berperisa pisang untuk bayi mereka dengan cuma mengunyah buah itu dalam masa sejam atau kurang sebelum waktu susuan.

Saintis berkata, susu ibu boleh dipelbagaikan perisa kerana dalam ujian, wanita mampu menjadikan susu mereka mempunyai perisa pudina dan jintan selain pisang.

Penyelidik percaya, pelbagai perisa susu ibu dapat mendorong bayi mencuba makanan baru apabila semakin dewasa. Kajian terdahulu menunjukkan apa yang dimakan ibu boleh memberi kesan kepada cita rasa bayi.

Kanak-kanak yang ibunya suka meminum jus lobak merah ketika hamil atau menyusu dilihat suka menikmati bijirin berperisa lobak merah.

Kajian terbaru penyelidik Denmark di Universiti Copenhagen menyiasat bagaimana perisa boleh dipindahkan daripada makanan kepada susu ibu. � Agensi

Friday, April 11, 2008

Monthly Meeting Minutes

taken from mother to mother peer supporter in Penang.
(thanks to sis Shida aka charantya)


Date : 5 April 2008
Time : 4.30 pm
Venue : Caring Complex Meeting Room 3

Agenda 1 - Introduction

1.1 The meeting commenced at 4.30 pm.
1.2 The chairperson Dr. Balkees chaired the meeting.
1.3 Dr. Balkees started the meeting with a welcoming speech and a brief explanation about the formation of the Mother-to-mother Peer Support (MMPS) group.
1.4 Introduction continues where core members and new mothers briefly introduced themselves.

Agenda 2 – Myth Busting

2.1 Dr. Jamie started this month topic – Myth Bustings – top 10 myths.

2.1.1 Myth #1 – Breasts will sag.
Mother’s breasts will become bigger and bigger over the 10-month pregnancy period. If the mother didn’t breastfeed the baby, the breasts size will go down rapidly and sag. If mother breastfed the baby, the breast size will go down gradually. So the mother who do not breastfeed, the breasts sag more than the mother who breastfeed.

2.1.2 Myth #2 – Baby too attached to mommy.
Mother is the first person the baby sees, and breastfeed 12 times a day, needless to say, baby will be very attached to the mother. But it’s just last for 2 years, maximum 3 years or 5 years. Think about the baby’s lifespan, 70 years? 5 years out of 70 years, just very short. And breastfed baby is more independent compared to formula-fed baby, cause breastfed baby is being held more, he feels more secure, cry less, and more independent.

2.1.3 Myth #3 – Mom’s milk not as tasty as formula.
Tasty thing doesn’t mean its good for the baby. KFC and Char Kuey Teow are tasty, but it’s not good for you. Mother’s milk has way more nutrient. The sugar in breastmilk is 6.8g whereas formula is only 4.8g. More sugar in breastmilk, but its simple sugar, easily absorb by the baby. Whereas the sugar in formula is complex sugar, would not absorb as fast as simple sugar, baby would not get the nutrient fast.

2.1.4 Myth #4 – Formula have more nutrients.
Breastmilk has 300 over nutrients. Some even scientist doesn’t know their name yet. Not only nutrients, breastmilk has antibody, enzymes and protein that cannot be duplicated by formula milk companies at all. Mother’s milk is from human, formula milk is from cow.

2.1.5 Myth #5 – Small breast = No milk.
All mothers makes enough milk for the child and all child drinks only 75% of the mother’s milk, so all mothers can keep the 25% of their milk. Bigger breast, bigger capacity, baby drinks more, and sleep longer. Smaller breast, smaller capacity, baby drink less and sleep shorter. Small breast not equals to no milk, just that the small breast mother, her child has to nurse more. Bottom line, all women have enough milk.

Fenny, the core mother, successfully breastfed her youngest daughter for 3 years, shared her experience by saying that even though her breasts are small, every time when she’s breastfeeding her youngest daughter, she kept saying ‘mommy no milk already.’ But the daughter kept saying ‘no no, still have still have, a bit a bit’ and keep suckling.

2.1.6 Myth #6 – Colostrum is dirty.
Colostrums is yellowish. All mothers have 2 weeks of colostrums. First 4 days only few droplets, and very sticky. Formula can’t copy human colostrums. There are cow’s colostrums sold in the market, but not allowed to the children. In colostrums, there is antibody which protect baby’s gut, nose and eyes to make baby stronger. Colostrum is very tasty and very healthy. It’s not dirty, don’t throw away.

2.1.7 Myth #7 – Cannot take cold drinks/food limitation.
If the mother eats healthy and balanced diet, there is no food limitation. All in moderate.

Question #1: Can drink coffee?
Coffee will pass to the baby, and make the baby very alert, cannot sleep. But 2 cups of coffees a day is OK. If the mother still has to drink coffee (more than 2 cups), the mother can feed the baby first, and then only drink the coffee. Next feed would be 2 hours later, the coffee would have diluted by then.

Question #2: How long the coffee dilution will take?
It depends on how much you drink, and the concentration of the coffee. If more concentrated, need more time to dilute.

Question #3: After taking alcohol, the next pump must throw?
If the mother is social drinker (once a week), if the alcohol level is very high, if the mother is very worry, then the next pump can throw away. Otherwise, can still breastfeed. Mother who is chronic drinker, drink everyday until hang over, the baby will get alcohol syndrome.

2.1.8 Myth #8 – Breastmilk too watery.
If the expressed milk (in the bottle) sit on the table, after awhile, you will see 3 layers, which are grey watery colour at the bottom, yellowish milk colour in the middle and a thick fat layer on top. Whereas the formula is vice versa. The watery level is on top; the very thick formula is at the bottom. It’s not the way it should be. Its watery cause 80% of the breastmilk is water. Baby drinks for thirst. Breastmilk consists of foremilk and hindmilk. Foremilk is watery. Because it has more percentage of lactose and water. The first instinct human drink is for thirst, and that’s what the mother gives the baby first. The longer the baby suck, the fat will come, which is the hindmilk, and it’s thicker.

2.1.9 Myth #9 – Need to clean breasts before feeding.
Mother’s breasts have antibacterial properties. In the studies that show a mother-and-baby first skin-to-skin contact (1st hour after delivery), experiment has shown that the breast that they clean compare to the breast that they didn’t clean, the baby will automatically choose the breast that they didn’t clean, because of the mother’s smell. After cleaning, it only smells alcohol.

Question #1: Need to use milk to clean the breast?
Don’t have to. Just normal 2 showers a day. Don’t have to clean with cotton butt, or dettol, or sterilize the breasts.

Questions #2: Need to express a bit out first before feeding, due to the bacterial content at the initial part. Is that true?
No, don’t need to. There are many little small glands that lubricate the nipple, and its antibacterial. In special cases whereby express to release engorgement, yes, it helps, so that the nipple wont be so stress, and the baby can suckle. Other than that, don’t have to express before feeding, the baby can come straight.

2.1.10 Myth #10 – Breastfeeding takes nutrients from mommy.
Yes, true. The baby gets all the nutrients from mommy. If the mother eats healthy and balanced diet, it’s ok. The risk of osteoporosis in woman who has breastfed is lower than in woman who has not breastfed.


Agenda 3 – Dicussion

3.1 Novia
• Baby gets the antibody from her milk, seldom fall sick. Only recently mix with other children in the nursery.
3.2 Shida
• Even if baby fall sick, she will recover faster than formula fed baby.
3.3 Dr. Balkees
• The risk of getting infection is lower.

3.4 Question #1: Nipple confusion, is it true?
Must start off right, no bottle feeding for the first 2 months, even if baby is jaundice and has to stay in the hospital, request for cup feeding or spoon feeding, no bottle. Because sucking milk from bottle teat is easier than the breasts. Human/baby is lazy, will opt for the easier way. But after 2 months, when mother goes back to work, swap between bottle and nipple, its totally fine as baby will still prefer mommy’s breast. 1 month prior to work, start training baby with cup or spoon-feeding. Furthermore, bottle-fed baby is very difficult to wean off bottle.

Pushpa shared a case whereby a 1-month old baby who has been bottle-fed, the mother tried to direct feed the baby again. But baby refused. Tried to let someone else to carry the baby and bottle-feed him. Within 1 week, the baby decided to go back to the mother. Don’t give the baby choice to choose between bottle and breast. If he didn’t want direct feed, the baby is not going to get near mommy. Baby would choose mommy and the breasts.

3.5 Question #2: Will the milk get less if I only express and not direct feed?
No. Must pump as much as the baby drinks. Every 3 hours, 8 times a day. Otherwise, the milk production will go down. Most importantly, must pump at night. A lot of mothers tend to extend the time of pumping; this is the root cause of why milk supply goes down.

3.6 Question #3: C-sec mothers how to breastfeed baby in the first hour?
Even knock off or still drowsy after c-sec, request the nurse to bring the baby to the mother and let the baby suckle and have skin-to-skin contact.

3.7 Question #4: Breastfeeding and medication?
Most of the medication can be taken when the mother breastfeed, especially for running nose, cough and fever. Many doctors say cannot take medication when the mother breastfeed is because even doctor don’t have much knowledge in breastfeeding. It’s not in their syllabus. If have doubts, please contact person who is more aware of breastfeeding, please don’t stop breastfeeding.

3.8 Question #5: Short/small/inverted nipple cannot breastfeed?
Wrong. Mother with short/small/inverted nipple can breastfeed. Baby is suckling mother’s areola, not the nipple. When baby start suckling, he will pull out the nipple. Do not use nipple shield, baby will get confused.

3.9 Question #6: Can take ginger when baby jaundice?
CAN! It’s not the ginger that causes the baby jaundice. 80% of the babies have jaundice. If baby jaundice, should continue breastfeeding.


Agenda 4 – Sharing by Pushpa – LLL Leader

4.1 Pushpa started the sharing by telling her story. Then the importance of skin-to-skin contact between mother and the baby. Example giving was when you first time fall in love with a guy, you can’t think of anything else except for the guy. Feel like being with him all the time, near him, touch him, have skin-to-skin contact with him. The baby is the same. When the baby is born, the only person baby knows is the mother. How can we deny skin-to-skin with the baby. That is essentials.

4.2 Then Pushpa talked about the role of the fathers. He can change the nappies, bath the baby, massage the baby, talk to the baby, and compliment the mother. Tell the mother “You’re very beautiful!!” The most beautiful breasts are the lactating breasts.

4.3 Breastfed babies, where we spend a lot of time with them, when they grow up, they are more independent. Because they have all the secure and all the love. As we care for them, later they will care for us.

4.4 Human is mammals, the only thing that identify human, as mammals is we nurse our baby.

Meeting adjourned at 6.00 pm.